Ahli Majlis Perundingan Mangenai Dasar Luar Negeri (CCFP), Yusmadi Yusoff berkata Perdana Menteri harus mengangkat isu kepentingan tatakelola global yang menyantuni negara-negara lemah semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA). Jelasnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai karisma dan keberanian berbuat demikian, tinggal lagi harus menerima dokongan dari negara-negara lain.