1,200 peniaga berjaya mendigitalkan perusahaan menerusi program pemantapan - Menteri KUSKOP

2023-09-20 12

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata 1,200 peniaga berjaya mendigitalkan perusahaan menerusi program pemantapan yang dilaksanakan dengan kerjasama antara Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Malaysia (GPPPKMM). Jelasnya ini merupakan sebahagian usaha berterusan kementerian untuk membangunkan usahawan seluruh negara.