Pegawai perubatan didakwa lakukan amang seksual terhadap anak saudara

2023-09-14 10

Pegawai perubatan didakwa lakukan amang seksual terhadap anak saudara

MOJO 14 SEPTEMBER 2023

Seorang penolong pegawai perubatan sdi sebuah hospital didakwa di Mahkamah Sesyen pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya, April lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Zulhisham Isahak.

Lelaki berusia 31 tahun tersebut mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa pada jam 1.20 pagi, 20 April lalu.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memeluk, meraba dan melakukan amang seksual pada waktu dan tempat sama.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin tidak menawarkan sebarang jaminan.

LINK BERKAITAN: https://bitly.ws/UFTV

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mojo #MojoLIve #SinarTerkini