Pasukan Pengawal Sivil Sepanyol terus prihatin dengan nasib mangsa yang ditimpa bencana gempa bumi di Maghribi. Dalam perkembangan terbaharunya, pasukan penyelamat negara itu mengutuskan tambahan pasukan anjing pengesan K9 bagi mengenal pasti mangsa yang masih tertimbus di bawah runtuhan, terutama di kawasan pergunungan Atlas, yang menjadi pusat gempa.