Penganggur didakwa subahat kes rogol adik ipar
BERITA SEMASA 8 SEPTEMBER 2023
Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, atas satu pertuduhan bersubahat dalam kejadian rogol bergilir-gilir adik iparnya di sebuah rumah, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Azlida Alimin.
Mengikut pertuduhan, bapa kepada empat anak berusia 29 tahun itu, didakwa bersubahat dengan rakan-rakan sejenayah yang masih bebas, dengan cara memudahkan perbuatan rogol berkumpulan terhadap seorang wanita berusia 26 tahun, di sebuah unit pangsapuri di Wangsa Maju antara jam 2 hingga 3.30 pagi, 30 Ogos lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/277872/berita/semasa/penganggur-tidak-mengaku-subahat-kes-rogol-adik-ipar
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mojo #SinarTerkini