Wanita dipenjara 12 bulan tipu urusan ambil anak angkat
BERITA SEMASA 1 SEPTEMBER 2023
Dua wanita dihukum penjara 12 bulan oleh Mahkamah Majistret, di Seremban pada Jumaat atas pertuduhan menipu seorang wanita bagi urusan mengambil anak angkat pada Julai lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Majistret Nurul Saqinah Rosli menjatuhkan hukuman itu terhadap G Gayathree dan Aliyah Begum Selvam selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak mempunyai pekerjaan tetap bersama-sama telah menipu seorang wanita berusia 37 tahun untuk mendapatkan wang dengan menawarkan urusan pengambilan anak angkat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/276654/Wanita-dipenjara-12-bulan-tipu-urusan-ambil-anak-angkat
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini