Rakyat dah penat, mungkin tak ramai keluar mengundi
SHORTS SINAR LIVE 26 OGOS 2023
Menurut Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM, Ts Nurul Aishah Ab Raman, satu pola pengundian yang sama mungkin berlaku kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram seperti PRU15 dan PRN enam negeri.
Katanya, walaupun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan, ada kemungkinan berlaku situasi di mana rakyat Johor tidak ramai keluar mengundi.
Nurul Aishah berkata, salah satunya disebabkan faktor rakyat sudah 'fatigue' atau letih melalui satu pilihan raya demi pilihan raya.
Beliau berkata demikian dalam Sinar Live bertajuk 'Bolehkah gelombang hijau tembusi Johor?' yang disiarkan pada Sabtu.
Video Penuh: https://fb.watch/mFe9VA2Xbl/?mibextid=qC1gEa
#SinarLive #SinarHarian #PRKParlimenPulai #PRKDUNSimpangJeram #KuasaRakya