Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan dakwaan Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa UMNO akan berkubur di Johor adalah 'satu kegilaan'.
Kenyataan ini dibuat ketika diminta mengulas dakwaan Sanusi itu semasa proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, pada Sabtu.