Kontraktor gagal lapor pendapatan didenda, dikenakan penalti khas lebih RM700,000

2023-08-25 1,231

Kontraktor gagal lapor pendapatan didenda, dikenakan penalti khas lebih RM700,000

BERITA MOJO 25 OGOS 2023

Gara-gara gagal mengemukakan penyata pendapatan dalam Borang B kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) menyebabkan seorang kontraktor paip didenda RM8,000 dan dikenakan penalti khas RM 719,872.50 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian Syamilah Zulkifli.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret V Vanita terhadap Chew Mum Keong, 44, yang mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Beliau turut memerintahkan hukuman penjara empat bulan jika orang kena saman (OKS) gagal menjelaskan denda tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/275580/Kontraktor-didenda,-dikenakan-penalti-khas-lebih-RM700,000

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarTerkini