Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Ahli Majlis Penasihat Kesihatan Awam Negeri Selangor, Dr. Farhan Rusli berkata orang ramai tidak boleh mencium bayi bagi mengelakkan wabak batuk kokol menjangkiti si kecil. Jelasnya, setiap individu berpotensi menjadi pembawa bakteria pertussis walaupun tidak menunjukkan sebarang simptom.