Langkah Malaysia untuk mempertingkatkan hubungan dua hala dengan Iran menerusi akses pasaran eksport komoditi terus menerima sambutan baik Presiden Iran, Seyyed Ebrahim Raisi. Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, lawatan rasminya ke negara timur tengah itu turut mendapat respon yang baik dari kerajaan Iran dan beberapa kerjasama dua hala turut dipersetujui.