Pakar Perubatan Kesihatan Awam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr. Wan Abdul Hannan Wan Ibadullah berkata individu yang dijangkiti batuk kokol dan tidak menerima sebarang rawatan pencegahan daripada doktor perlu menjalani kuarantin selama 21 hari. Sebaliknya, jika individu terbabit menerima rawatan, tempoh pengasingan boleh dikurangkan kepada lima hari sahaja.