Umat Islam di Negeri Selangor diingatkan agar sentiasa mengelakkan perbalahan sesama sendiri meskipun terdapat perbezaan fahaman politik.Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, pilihan raya telah selesai, justeru semua pihak perlu kembali bersatu padu membangunkan semula negeri itu.