Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan ahli-ahli politik agar memelihara adab dan tata susila meskipun berbeza haluan politik. Titah baginda, tindakan sesetengah ahli politik yang menggunakan kata-kata kesat sehingga mengheret Institusi Raja ke dalam ceramah disifatkan sebagai sikap biadap.