Tiga lelaki dikhuatiri hilang di perairan Laut China Selatan, selepas tidak pulang ke Jeti Kuala Kemasin di Bachok Kelantan tengahari semalam.
Dua beranak serta rakannya keluar menangkap ikan sekitar jam 3 pagi Ahad dan mereka sepatutnya pulang ke Jeti Kuala Kemasin, pada tengahari Ahad.
Tiada kelibat mereka di Jeti Kuala Kemasin seperti dijadualkan, menyebabkan keluarga membuat laporan polis pada malam tadi.