PRK: PH, BN adakan pertemuan di UMNO Johor
BERITA SEMASA 18 OGOS 2023
Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) Johor diperkukuhkan apabila pimpinan kedua-dua parti mengadakan pertemuan sulung di Ibu Pejabat UMNO Johor, di Johor Bahru pada Jumaat.
Pertemuan tertutup itu diadakan bagi membincangkan persediaan berdepan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram pada 9 September.
Tinjauan dilakukan di Ibu Pejabat UMNO Johor pada jam 3 petang tadi mendapati pertemuan terbabit dihadiri Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi PH Johor, Amilnolhuda Hassan, yang juga Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Naib Pengerusi Amanah Johor, Suhaizan Kaiat dan Setiausaha UMNO Johor, Datuk Abdul Halim Suleiman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/274461/berita/politik/prk-ph-bn-adakan-pertemuan-di-umno-johor
#SinarHarian #BeritaMOJO #BeritaSemasa