Pengundian Perdana Menteri Thailand dijadual 22 Ogos

2023-08-16 38

Pengundian Perdana Menteri Thailand dijadualkan di Parlimen pada 22 Ogos. Ini selepas Mahkamah Perlembagaan Thailand menolak petisyen untuk mengkaji semula keputusan parlimen yang menafikan pencalonan semula pemimpin Parti Move Forward (MFP) Pita Limjaroenrat untuk undian kedua bagi jawatan perdana menteri sekali gus memusnahkan harapan parti itu untuk membentuk kerajaan.