Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu Bank Negara Malaysia BNM hanya mendapati wang berjumlah 700 juta dollar Amerika milik syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah masuk ke entiti salah iaitu Good Star Limited, sebuah syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.
Perkara itu dimaklumkan Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang juga saksi pendakwaan ke-46.