Kerajaan negeri Selangor sedang mempertimbangkan untuk memberi peruntukan tahunan kepada mana-mana kelab permotoran yang didaftarkan secara rasmi, lapor wartawan Sinar Harian, Nilam Nur Atikah Oshman.
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan itu diberikan bagi memastikan kelab permotoran itu terus aktif di samping membantu melaksanakan aktiviti yang sihat melibatkan anak muda.
"Saya juga sedang mempertimbangkan beberapa perkara untuk memberikan pengiktirafan dan sokongan kepada kelab biker dan motor seluruh negeri Selangor.
"Selepas ini saya akan berbincang dengan Majlis Sukan Negeri dan Belia Selangor, untuk mendaftarkan kelab motosikal, seterusnya sediakan peruntukan tahunan kepada mereka," katanya ketika berucap di program Mega Bike Week Selangor di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), pada Isnin.
Artikel berkaitan: http://bitly.ws/QUhn
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarHarian #KuasaRakyat #PilihanRayaNegeri