Bagi memastikan penduduk di kawasan pedalaman Sabah tidak terlepas daripada menikmati Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kerajaan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mengambil inisiatif menyantuni 1,833 orang penerima yang tidak mempunyai akaun bank bagi menunaikan tuntutan bantuan berkenaan.