Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas akan menghapuskan amalan rasuah meskipun ia sudah menjadi sistemik sejak sekian lama demi memastikan tadbir urus kerajaan pimpinannya bersih dari amalan tersebut.
Anwar berkata, negara ini perlu ‘diselamatkan’ daripada amalan ‘sakau’ wang negara dan beliau konsisten dengan prinsip itu serta tidak sesekali peduli dengan serangan dan makian yang dilemparkan kepadanya.