Bekas kerani didenda RM5,000, tipu caruman KWSP

2023-08-04 12

Bekas kerani didenda RM5,000, tipu caruman KWSP

BERITA MOJO 4 OGOS 2023

Seorang bekas kerani dijatuhi hukuman denda RM5,000 di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat selepas mengaku bersalah atas pertuduhan memperdayakan seorang warga emas berhubung caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hampir 10 tahun lepas, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Tertuduh, Tan Fwi See, 48, membuat pengakuan tersebut sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara 12 bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda tersebut.

Video Penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/271852/berita/semasa/bekas-kerani-didenda-rm5000-tipu-caruman-kwsp

#SinarHarian #BeritaMojo #KWSP