PN jangan 'play victim' jika diambil tindakan isu 3R - Saifuddin
BERITA MOJO 4 OGOS 2023
Pemimpin Perikatan Nasional dinasihatkan supaya tidak bersikap 'play victim' sekiranya diambil tindakan oleh polis sekiranya memainkan isu 3R sepanjang berkempen pada pilihan raya negeri di enam negeri, lapor wartawan Sinar Harian, Syajaratulhuda Mohamad Rosli.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu sudah berulang kali diingatkan oleh institusi raja dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain agar semua parti yang bertanding tidak menggunakan isu 3R sepanjang tempoh berkempen.
Video Penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/271821/berita/politik/isu-3r-saifuddin-nasihat-jangan-play-victim-jika-diambil-tindakan
#SinarHarian #BeritaMojo #PRN #3R #PerikatanNasional #SaifuddinNasution