Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengumumkan bahawa parti belum membincangkan calon untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Johor pada 9 September akan datang. Mereka memberi keutamaan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang sedang berlangsung.