Selepas keputusan parlimen Thailand menolak calon parti Move Forward, Pita Limjaroenrat untuk menjadi Perdana Menteri, fokus kini beralih ke arah parti Pheu thai yang sebelum ini bersama Move Forward membentuk sekutu bersama lapan parti berdemokrasi.
Parti itu dalam pengumuman terbaharunya menyatakan langkah pengunduran dari parti Move Forward dan mencalonkan taikun hartanah, Srettha Thavisin sebagai calon Perdana Menteri menjelang pemilihan pada Jumaat ini.