Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah pemeliharaan habitat hidupan liar perlu diperkasakan bagi mengelakkan spesies haiwan itu pupus.
Justeru, baginda bertitah usaha bersepadu melibatkan semua pihak perlu diwujudkan bagi memelihara hidupan liar termasuk Harimau Malaya.