Penolong Profesor Institut Antarabangsa Pemikiran Islam dan Ketamadunan (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Ahmad El-Muhammady berkata kerajaan Malaysia wajar menjemput ahli parlimen dari negara-negara yang mempunyai kecenderungan anti-Islam ke Malaysia. Jelasnya, ini bagi membolehkan mereka melihat versi Islam yang lebih sederhana, sejahtera dan aman.