Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah kini dalam usaha meningkatkan kadar peratusan pelajar melanjutkan pengajian dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Menterinya, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, setakat ini peratusan pelajar yang mengambil bidang STEM di Sabah masih rendah berbanding negeri lain, iaitu 27 peratus.
Antara insiatif dilaksanakan termasuk memberikan peruntukan kepada pihak terlibat seperti Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam melaksanakan sebarang program berkaitan STEM