Perjanjian Elektrik: Kerjasama SESB dan SK Nexilis bawa pelaburan RM4.2 bilion

2023-07-17 15

Bagi membuktikan komitmen kerajaan negeri Sabah terhadap pembangunan perindustrian di negeri itu bersifat mesra alam serta berdaya saing, satu perjanjian bekalan elektrik di antara Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan syarikat kilang Kerajang Tembaga SK Nexilis telah ditandatangani.

Dengan jumlah pelaburan sebanyak RM4.2 bilion, ini sekaligus memberi keyakinan kepada pelabur asing dalam melihat kepada potensi negeri itu.