PRN: Amanah tiada masalah kerusi sedikit daripada UMNO
BERITA MOJO 15 JULAI 2023
PRN: Amanah tiada masalah kerusi sedikit daripada UMNO
Parti Amanah Negara (Amanah) tidak berdepan masalah dengan peruntukan kerusi yang lebih kecil berbanding Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN) enam negeri, 12 Ogos depan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, secara dasarnya persefahaman berhubung pembahagian kerusi telah dicapai kepimpinan tertinggi Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, secara dasar Amanah akan bertanding lebih 30 kerusi membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disandang dan pernah ditandingi sebelum ini.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/268405/berita/politik/prn-amanah-tiada-masalah-kerusi-sedikit-daripada-umno
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian #KuasaRakyat #KekalNeutral