Kementerian Pelaburan, Perdagangan & Industri Malaysia (MITI) bakal membincangkan berkenaan ekonomi digital, ekonomi hijau, dan integrasi Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Malaysia ke dalam rantaian bekalan global ketika mesyuarat suruhanjaya ke-7 Perjanjian Komprehensif Dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) pada 15 hingga 16 Julai 2023 di Auckland, New Zealand.
Menterinya, dalam satu kenyataan berkata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan mengetuai delegasi miti dan berharap manfaat daripada CPTPP dapat dirasai oleh rakyat serta perniagaan Malaysia, terutamanya PKS.