RM300 baucar subsidi pembelian tiket kepada pelajar IPTA - Anthony Loke

2023-07-12 205

Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan subsidi pembelian sebanyak RM300 bagi tiket penerbangan pelajar universiti awam mulai 15 Ogos depan. Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, ia melibatkan laluan domestik Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.