Dana KWSP tidak wajar digunakan untuk biaya belanjawan defisit kerajaan - Pakar Ekonomi

2023-07-05 377

Profesor Ekonomi Universiti Boston, Prof. Laurence Kotlikoff berkata dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak wajar digunakan sebagai pinjaman untuk membiayai belanjawan defisit kerajaan. Sebaliknya, dana tersebut wajar dilaburkan dengan membeli bon daripada negara asing seperti Singapura, Amerika Syarikat dan United Kingdom.