Dua orang maut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian pesawat ringan terhempas di Pulau Kodiak, Alaska, pada petang Ahad memetik pegawai pada Isnin. Pesawat Piper PA-32-300 berlepas dari Old Harbour menuju ke pangkalan operasinya di Kodiak apabila ia terhempas di kawasan cetek dan pergunungan pada sebelah petang, menurut Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB).