'Jika DAP tarik diri, kerajaan Anwar akan jatuh'

2023-07-03 34

BERITA SEMASA 3 JULAI 2023

DAP didakwa mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berbagai kaum dengan agama rasmi digantikan kepada sekular.

Pengerusi Proklamasi Orang Melayu (POM), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terpaksa menurut manifesto DAP supaya parti itu tidak menarik diri daripada kerajaan hari ini.