Tragedi ikan buntal: Kertas siasatan diserah kepada DPP
BERITA SEMASA 23 JUN 2023
Kertas siasatan berhubung kejadian pasangan warga emas yang maut kerana makan hidangan ikan buntal di daerah Kluang pada Mac lalu, telah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP), untuk tindakan lanjut, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Exco Kesihatan dan Perpaduan negeri, Ling Tian Soon berkata, kertas siasatan itu telah dihantar pada penghujung Mei lalu.
Bagaimanapun sehingga kini, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) belum mendapat sebarang maklum balas daripada pihak DPP.
Artikel: https://go.sinar.la/3reR547
Muzik: www.bensound.com
#BeritaSemasa #SinarHarian