Mayat mangsa lemas tragedi kepala air dibawa ke HSNZ

2023-07-03 15

Mayat mangsa lemas tragedi kepala air dibawa ke HSNZ

BERITA SEMASA 23 JUN 2023

Dua mayat mangsa tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu untuk proses bedah siasat, lapor wartawan Sinar Harian, NorHaspida Yatim.

Mayat mangsa, Azizah Eiyi, dan anaknya Muhammad Zulqarnain Haikal Karim tiba kira-kira jam 10 pagi dengan dibawa oleh kenderaan polis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan, identiti dua beranak itu dikenal pasti selepas pengecaman dilakukan ahli keluarga di Bilik Forensik Hospital Kemaman, pada malam Ahad.

Jelas beliau, mayat Azizah ditemukan terapung dan dihanyutkan arus kira-kira 24 kilometer (km) dari lokasi kejadian sementara Muhammad Zulqarnain Haikal ditemukan tersangkut pada dahan pokok kira-kira 2km dari tempat kejadian.

Artikel: https://go.sinar.la/3JBYtNq

Muzik: www.bensound.com

#BeritaSemasa  #SinarHarian

Free Traffic Exchange