Pelajar IPG sudah dapat elaun sara hidup - Ahmad Maslan

2023-07-02 4

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan menyangkal dakwaan bahawa pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dianaktirikan daripada menerima bantuan e-Belia Rahmah.

Katanya, mereka tidak memperoleh bantuan tersebut kerana sudah pun diberikan elaun sara hidup.