MATA mahu jurubahasa ditempatkan di pintu masuk negara

2023-06-30 3

Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) menyokong langkah proaktif yang diambil Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing dalam menangani isu rasuah membabitkan segelintir pegawai imigresen di pintu masuk negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, seperti yang tular pada Khamis.