Pemakaian pelitup muka semasa berada di dalam pengangkutan awam dan fasiliti kesihatan tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa 5 julai ini buat semua individu positif.
Dalam satu kenyataan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata di bawah penilaian semula SOP, individu yang positif COVID-19 dan mereka yang mengendalikan pesakit itu di fasiliti kesihatan, hanya dikehendaki memakai pelitup muka di lokasi berkenaan.