Pertempuran sengit meletus antara Tentera Sudan dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di Khartoum ibu negara Sudan pada Selasa, menjelang Aidiladha. Konflik bersenjata di Sudan setakat ini tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda sejak bermula pada 15 April walaupun perjanjian gencatan senjata dicapai antara pihak yang bertelagah sejak 10 minggu lepas.