Lebih sejuta kenderaan dari Lembah Klang dijangka keluar menerusi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bermula Selasa untuk pulang ke kampung masing-masing sempena perayaan Aidiladha tahun ini.
Pihak Anih Berhad menjangkakan peningkatan trafik sehingga 70 peratus melibatkan klk.
Selain itu, kira-kira 430,000 kenderaan dijangka melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dengan anggaran peningkatan sebanyak 60 peratus.