Formula kesefahaman dan keharmonian yang mengekalkan perpaduan kaum dan agama di Sarawak wajar dikongsi bersama dengan komuniti di luar Sarawak.
Premiernya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata ini adalah sebagai asas hubungan antara masyarakat pelbagai agama dan kaum sekali gus menjadikan dunia ini lebih sejahtera.