Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin beri bayangan tidak akan menerima pelawaan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai parti Bersatu.
Bercakap pada Podcast keluar sekejap, bekas Menteri Kesihatan itu juga mengakui Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu meminta beliau untuk berfikir lagi selepas menyuarakan pandangan mengenai tawaran itu.