Suami mangsa dihempap bumbung sekolah masih trauma
BERITA SEMASA 20 JUN 2023
"Saya berlari ke rumah jiran selepas dengar dia menjerit namun dapati mangsa telah dihempap bumbung sekolah."
Demikian luah Arif Budiman, jiran kepada V Mahadevi yang maut selepas dihempap bumbung sekolah di belakang rumah mereka yang diterbangkan angin kuat di Kampung Tahang Rimau Segamat, pada malam Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Jelas buruh binaan itu, sebelum kejadian pada kira-kira jam 7 petang, keadaan hujan lebat disertai petir.
Sementara itu,adik mangsa, V Bala berkata, Mahadevi tinggal di rumah bersama suami P Saravanan ketika kejadian berlaku.
"Kami sekeluarga masih lagi terkejut dengan kejadian yang menimpa kakak. Abang ipar juga masih trauma dan buat masa sekarang tinggal di rumah saudara di sini," katanya.
Artikel berkaitan: http://bitly.ws/J2kt
Muzik: www.bensound.com
#BeritaSemasa #BeritaMojo #MojoLive #SinarHarian