Bekalan lembu korban mencukupi, tiada isu naik harga
BERITA SEMASA 20 JUN 2023
Bekalan lembu di Johor masih berada di tahap mencukupi dan dijangka tidak berdepan isu kenaikan harga menjelang sambutan Aidiladha pada minggu hadapan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Exco Pertanian, Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, seramai 2,576 penternak lembu tempatan membekalkan keperluan haiwan tersebut, sekali gus membantu mengurangkan kebergantungan kepada lembu import.
Jelasnya, keadaan itu secara tidak langsung membantu harga lembu lebih stabil seterusnya tidak berlaku kenaikan harga secara mendadak.
Artikel berkaitan: http://bitly.ws/J2gi
Muzik: www.bensound.com
#BeritaSemasa #BeritaMojo #MojoLive #SinarHarian