Bubar DUN Selangor, rakyat mahu politik dan ekonomi stabil selepas PRN

2023-06-19 262

Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor penggal ke-14 pada 23 Jun ini memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan dijalankan. Dengan pengisytiharan pembubaran itu, PRN mesti diadakan selewat-lewatnya pada 23 Ogos iaitu 60 hari daripada tarikh DUN dibubarkan. Astro AWANI turut ke lapangan untuk mendapatkan pendapat pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka.

Free Traffic Exchange