Sumbang mahram: Lelaki mengaku salah lapan pertuduhan

2023-06-15 86

Sumbang mahram: Lelaki mengaku salah lapan pertuduhan

BERITA SEMASA 15 JUN 2023

Seorang lelaki mengaku bersalah terhadap lapan pertuduhan sumbang mahram dengan anak perempuannya di Mahkamah Sesyen Muar, pada Khamis, lapor Wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tertuduh berusia 41 tahun itu membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim, Abu Bakar Manat.

Tertuduh didakwa melakukan amang seksual termasuk merogol anaknya itu yang kini hamil tujuh bulan.

Tertuduh yang hanya bekerja kampung, dituduh melakukan perbuatan itu dalam sebuah rumah di Semerah sejak tahun 2020 hingga 2023.

Hakim Abu Bakar menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 16 Julai 2023 depan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/263546/khas/isu/lelaki-mengaku-salah-8-tuduhan-rogol-amang-seksual-anak-sendiri

#BeritaSemasa #SinarHarian #KPM