BERITA SEMASA 14 JUN 2023
Dewan Rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail secara lantang menyatakan bahawa kenyataan Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berbaur fitnah.
Susulan itu, Saifuddin Nasution memberi laluan kepada MP Jasin untuk menjelaskan kepadanya kenyataan beliau yang mana satu berbaur fitnah itu.
Dewan kecoh seketika dan disambung kembali selepas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Ramli Md Nor meminta Saifuddin meneruskan perbahasannya.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DewanRakyat