Bermula secara kecil-kecilan dengan dua orang pekerja, kini perniagaan menjual pelbagai jenis biskut dan makanan sedia dimakan atau ‘ready-to-eat’, Evas Food Station di Ipoh Perak, kini berjaya mengukuhkan jenamanya bersama 11 tenaga kerja.
Pengurusnya, Nor Aathirah Zulkefli, 32 tahun, berkata walaupun perniagaannya itu baru menjangkau usia tiga tahun, namun teknik pemasaran di media sosial yang dimanfaatkan secara optimum berjaya membangunkan perusahaanya.